BUAT SEKALI,GANJARAN PAHALA
BERTERUSAN SELAGI
BERMANFAAT
DEMI AGAMA & SAHAM
AKHIRAT:
Bantu Mudahkan Usaha
Pejuang Agama Allah,
Nescaya Allah Beri Apa
Yang Kita Perlu
(Infaq Bermula Hanya RM30 &
Boleh Niatkan Infaq Untuk Yang
Tersayang)
BACA LANJUT |
SIAPA PENGHUNI MADRASAH
RAUDHATUL EHSAN?
1. Anak-anak Yatim @ Ibu Bapa
Kurang Kemampuan
2. Pelajar Tahfiz Yang Sedang
Belajar Agama
TAHUKAH ANDA AMALAN
YANG PALING DITAKUTI OLEH
SYAITAN?
YA! SEDEKAH
Amalan yang paling ditakuti Syaitan adalah Amalan Sedekah yang berkekalan berterusan pahalanya walaupun setelah kita MATI |
Mahukah Anda Meraih Saham Akhirat yang Pahala Berterusan Dengan BERINFAQ?
Kita semua tahu, setiap manusia itu pasti menemui ajalnya satu hari nanti. Namun pernah ke kita berfikir, apa persediaan yang kita dah buat sebagai bekalan menuju Akhirat?
Apa amalan yang kita dah rancang dan buat, supaya kita boleh dapat saham, dan pahala berterusan, ketika berada di Neraca Timbangan?
Izinkan kami kongsikan sebuah cerita. Hadith daripada Ibnu Umar R.A:
“Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar,
lalu dia datang kepada Nabi S.A.W untuk
minta pandangan tentang tanah itu;
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat
sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat
harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya,
(walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri
kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak
engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka, Rasulullah S.A.W pun bersabda kepadanya yang bermaksud:
“Jika engkau hendak, tahanlah (bekukan) tanah itu,
dan sedekahkan manfaatnya.”
Sedekah Mana Paling Besar Ganjarannya Disisi Allah SWT?
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya;
“Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya? Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takut menjadi miskin dan engkau bercita-cita menjadi kaya. Maka janganlah kamu menunda-nundanya hingga tiba ketika nyawamu berada di halkum (yakni kamu hampir mati) baru kamu berkata, sekian banyak harta untuk sekian, sekian banyak harta untuk sekian. Sedangkan harta itu telah menjadi milik si fulan (waris).” ( HR. Bukhari, no.1330)
1. Sedekah dalam keadaan SIHAT
2. Sedekah dalam keadaan masih TAMAK KEPADA HARTA
3. Sedekah dalam keadaan ada perasaan TAKUT AKAN MENJADI MISKIN
4. Sedekah dalam keadaan ADA CITA-CITA UNTUK MENJADI KAYA
Apakah "Tanda Ibadah Kita Diterima" Oleh Allah SWT?
MUDAHNYA KITA MENGELUARKAN SEDEKAH TIDAK MERASA BERAT UNTUK MEMBERI
Ke Mana Infaq Anda Digunakan?
Wang sumbangan atau infaq anda akan digunakan untuk pembiayaan bulanan madrasah termasuk gaji para guru,
perbelanjaan harian untuk makanan pelajar atau lebih mudah kos pengurasan di madrasah RAUDATUL EHSAN. Nilai rm20,000 kegunaan untuk elaun guru dan staf makan minum pelajar serta bayaran bil utiliti asrama dan kelas sebulan.
LATAR BELAKANG TAHFIZ
Diasaskan oleh Allahyarham doktor Asri Bin Mejah. Dan memulakan operasinya pada februari 2020. Namun kos pengajian dan belanja makan minum harian pelajar ditanggung sepenuhnya. Pelajar Madrasah Raudhatul Ehsan terdiri daripada keluarga tidak berkemampuan dan anak yatim..
Kenapa Perlu Yakin & Percaya Dengan Kami?
Madrasah Raudhatul Ehsan ( MRU ) telah ditubuhkan pada awal Februari 2020 dengan nama Madrasah Raudhatul Ehsan. Penubuhan madrasah secara rasmi telah beroperasi selama 3 tahun didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri pada 07hb Februari 2020.
Pelajar seramai 16 orang, 2 orang staff dan 2 orang tenaga pengajar.
Pengesahan Sijil Kelulusan
Alamat Madrasah
1049 B JALAN DATO LUNDANG 15200 KOTA BHARU KELANTAN
Semoga Tuan/Puan dapat menyumbang sekarang dengan ikhlas hati kerana Allah Ta’ala.
InshaAllah kami di Madrasah Raudhatul Ehsan mendoakan Tuan/Puan semoga dimudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki dan kelapangan untuk terus beramal kerana Allah. InshaAllah.